Jumaat, 25 Disember 2009

Pelatih baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Pengajaran: Jangan berlagak kalau kita 'orang baru' di satu-satu tempat..

Sabtu, 19 Disember 2009

Iklan Kempen Muamalat al-Barakah

Sila baca dan sertai kempen ini. Anda pasti beruntung dunia akhirat!

sila klik disini.

Selasa, 29 September 2009

Khamis, 1 Januari 2009

Apa yang kita suka buat kat anak kita?

Salam,
Samada kita selalu bergurau dgn anak2 atau tidak, apa yang kita paling suka buat dekat anak kita. kalau saya, saya suka peluk kuat2, pastu geletek, pastu gigit pipi anak, pastu terbalikkan anak.
kalau tak buat sehari, rasa tak seronok pulak.

Jumaat, 19 Disember 2008

kahwin muda...?

tulisan ini adalah respons kepada satu topik dalam sebuah blog (tak perlu dinyatakan blog apa). bagi saya, persoalan kawin semasa muda (dibaca:semasa belajar) atau semasa bekerja bukanlah persoalan utama. ttp yg lebih utama adalah persediaan atau persiapan menjelang perkahwinan. bekalan yg dimaksudkan bukanlah semata-mata bekalan tenaga batin (bagi lelaki) atau ketat mengemut (bagi wanita) ttp persiapan yg Islam letakkan.

iaitu dari segi ilmu agama, ilmu suami isteri, ilmu parenting, kewangan samada sendiri atau bantuan keluarga. tidak ketinggalan juga, persiapan kasih sayang, maksudnya kita mengahwini orang yg kita cintai sepenuh hati atau sedia menyintai sepenuh hati. jangan berkahwin dgn orang yang kita ragui samada dia benar2 menyintai kita atau main-main.

kalau nak kata kawin semasa bekerja (dibaca:selepas dapat kerja) semua bahagia, pun tak juga sbb bilangan penceraian di kalangan pasangan Islam semakin meningkat.

kesimpulannya, tepuk dada, tanya iman.

Sabtu, 6 Disember 2008

runtuhnya istana kemegahan

salam,
takziah kepada mangsa-mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa. terimalah takdir Allah dengan sabar.