tulisan ini adalah respons kepada satu topik dalam sebuah blog (tak perlu dinyatakan blog apa). bagi saya, persoalan kawin semasa muda (dibaca:semasa belajar) atau semasa bekerja bukanlah persoalan utama. ttp yg lebih utama adalah persediaan atau persiapan menjelang perkahwinan. bekalan yg dimaksudkan bukanlah semata-mata bekalan tenaga batin (bagi lelaki) atau ketat mengemut (bagi wanita) ttp persiapan yg Islam letakkan.
iaitu dari segi ilmu agama, ilmu suami isteri, ilmu parenting, kewangan samada sendiri atau bantuan keluarga. tidak ketinggalan juga, persiapan kasih sayang, maksudnya kita mengahwini orang yg kita cintai sepenuh hati atau sedia menyintai sepenuh hati. jangan berkahwin dgn orang yang kita ragui samada dia benar2 menyintai kita atau main-main.
kalau nak kata kawin semasa bekerja (dibaca:selepas dapat kerja) semua bahagia, pun tak juga sbb bilangan penceraian di kalangan pasangan Islam semakin meningkat.
kesimpulannya, tepuk dada, tanya iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan