Selasa, 25 November 2008

kerajaan Pusat anti demokrasi

salam,
malam tadi sempat saya berborak dengan pemilik kedai sebelah, yang rupanya adalah orang kampung saya dan sebaya dengan pakcik saya.

dia beritahu saya premis kedai makan dia akan disewakan kepada agensi kerajaan , ICU, daerah Sepang. sebab utama ICU ni pindah ke Kosmopleks adalah utk menyalurkan terus projek2 kerajaan Pusat kepada kontraktor2.

kebtulan pula, paper pagi ni melaporkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri telah dimansuhkan. sedangkan selama ini MTPN menerima rm1 juta dari kerajaan Pusat. selepas PRU, MTPN disabotaj. mana keikhlasan ker. Pusat? rakyat menjadi mangsa.

semoga Malaysia bersih daripada pemimpin haprak.

indahnya perjuangan

salam,
malam tadi kali kedua saya dan isteri menganjurkan majlis ilmu DCL dan kali kedua jugalah tiada seorang pun pengedar yang hadir. antara faktor ketidakhadiran mereka adalah tak dapat izin suami, tiada orang jaga anak dll.

memang susah nak senang.hendak seribu daya.apalah sangat sejam seminggu utk meningkatkan ilmu utk mencari kesenangan dan tambah pendapatan. mengapa orang Melayu sibuk cari alasan sedangkan bangsa lain sibuk cari wang?

berjuang tetap berjuang!!!

Isnin, 24 November 2008

kerjaya guru kafa

salam,
Insya Allah, menjelang beberapa jam lagi, saya akan menghadiri mesyurat guru di sekolah al-qalam, yg pastinya hangat dan berapi. topik perbincangan :gaji guru2 dan masalah pentadbiran.

sekolah bukannya mudah nak diurus, esp. masa kenaikan harga barang. tapi kalau ALP rasa mereka boleh urus sekolah, kita biarkan mereka saja yg urus. tunggu dan lihat nanti.

Ahad, 23 November 2008

Ahlan wa Sahlan

salam,
selamat datang , welcome dan ahlan wa sahlan. semoga perkongsian ini diberkati oleh Allah selamanya.